Thursday, May 17, 2018

Bersabar dengan yang tua




Ciken ni dah tua sangat ... tahun ni masuk tahun ke 13 Ciken jadi ahli keluarga kami. Umur kucing? Umur kucing ni depend pada jenis breed kucing tu. So, mengikut chart yang I ambik dari google secara umum nya umur Miss Ciken ialah equivalent to 68 tahun umur manusia.


Aduhai sedih pulak ... memang dah tua sangat. Taring kiri Ciken pun dah tercabut sebenarnya. Diet ciken? Sekarang ni dia masih lagi makan biskut kering. Brand apa? Nanti I cerita kemudian-kemudian. 

Tapi sebab Ciken kadang-kadang tak lalu makan dan akan minta soft food. Memang I sedia siap-siap soft food upon request dari Ciken. Kalau dia nak soft food dia akan mengiau pandang I sambil kelip-kelip mata ... tu lah sign rahsia kami. 
Karpet kuning
Ciken ni I layankan saja perangai dia. Dia pun nampak dah tak larat. Kalau ikutkan kehendak dia ... dia nak tidur je 24 jam, so malam I make sure kedua-dua kucing duduk kat luar rumah, exercise membuat aktiviti-aktiviti kucing. 

Kecuali kalau hujan je malam hari di benarkan duduk dalam rumah ... at least Ciken tu ada lah juga aktiviti riadah selain dari tidur.

Ok. Nanti sambung lain ...

Cheers

Wednesday, May 2, 2018

mencari balance


Lepas godek-godek gambar dalam hp nak update story dalam journal kucing ni dan baru perasan semua penuh dengan gambar Nala (gambar atas ni yang paling tak tahan sekali). Gambar ciken ada lah seciput dua ... aduhai ni dah kira discriminasi.

Bukan sebab tak sayang Ciken ... sayang! tapi Nala tu suka buat pose maut yg manusia biasa macam tuan Nala ni, cair habis. Bagus jugak ada journal online kucing ni ... boleh mula mengambil gambar moment Ciken jugak. Esok ... misi mencari moment Ciken.

Sementara tu kita layan dulu gaya mengada Nala. Tengok gaya lentok Nala ... terasa nak masuk selimut jugak sambil golek-golek.

Mengada kan?

Cheers
MM


Monday, April 30, 2018

she hates it ... i can tell

The grumpy 'look' 
Sampai je depan pintu rumah selepas 2 minggu outstation ... hampir-hampir terpijak bangkai tikus elok je letak depan pintu rumah. Terus je stress memikirkan apa lah kejutan lain yg Miss Nala and Miss Ciken dah buat.

Kat tangga dah nampak kesan blood stain hasil pergaduhan tikus dan kucing. I know for sure ni mesti kerja Nala. Alhamdullilah Ciken lately kurang meng-"toilet" kan rumah ... mungkin sebab I dah gulung habis semua karpet.

Geram sangat tgk muka Nala yg mischievous and comot, terus ambil tuala mandi kan Nala ... bengang je Nala but I told her, nak tinggal dalam rumah kena mandi bersih. Nala had no choice other than to comply.

Lepas mandi, dry bulu sket then pujuk Nala bagi susu ... tapi muka Nala memang tak puas hati betul. Cranky and growling sambil buat muka 'psycho' kat dalam gambar kat atas. Punya lah kelakar muka bengang Nala .... biar tau rasa, dia kekadang kena ingat yang dia tu bukan Queen!



Cheers
MM

Thursday, April 26, 2018

pagi yang tenang

Ciken staring at Nala
Duduk serumah dah setahun 2 bulan tapi tak pernah reti nak berbaik. Yang sekor introvert dan yang sekor lagi kaki provoke, terpaksalah I jadi pengadil. Siapa start dulu kena debuk kat kepala.

Nala provoking Ciken lepas kena marah sebab bergaduh
Nala lepas kena marah lari peluk kaki meja sambil tunjuk muka tak puas hati manakala Ciken pula tunjuk muka ... see aa my owner love me more than you.

Gaya berlakon lepas kena marah
ps: Gambar akhir tu mata Nala jadi cenggitu sebab tiba-tiba nampak semut hitam lalu kat lantai.



Cheers
MM

best friend ke?

muka tak puas hati ... apakah!
Post pertama kena drastic sket ... muka tak puas hati Nala. Hari ni Nala decided to be mean, nobody can touch me or stroke me today sebab moody day. Kalau nak pegang Nala kena kejar dia lepas tu trick her lepas tu cekup dia.

Tengah syiok-syiok gosok bulu dia ... mula lah bunyi growling Nala kekonon marah. 

Mungkin sebab semalam Nala terkurung kat bilik mengosok selama sehari ... "padan lah semalam rasa aman sepanjang hari" kata Ciken. Jap gi post cite Ciken ... hahahahah sewel, whatever!

Cheers
MM